kritikan buku antologi sajak pendosa


KRITIKAN BUKU ANTOLOGI SAJAK PENDOSA
Salam sejahtera, kopisangan, da chia hao. Kali ini saya bakal menulis tentang sebuah buku yang bertajuk Antologi Sajak Pendosa dengan mengutarakan pendapat dan interprestasi atau lebih jelas lagi kritikan. Buku ini telah diselenggarakan oleh pensyarah saya sendiri yang menugaskan tugasan ini yang dikenali sebagai Dr Lokman Abdul Samad. Tetapi sebelum itu saya bukan hanya memberikan pendapat dan kritikan tetapi yang Namanya tugasan turut disertakan dengan latar belakang kajian, permasalahan kajian, perbincangan analisis, dapatan kajian mengenai isi yang terkandung dalam buku antologi Sajak Pendosa.
Karya-karya yang terdapat dalam Buku Antologi Sajak Pendosa kebnayakkan berkaitan dengan keagamaan dan Ketuhanan yang amat dekat dengan diri setiap pembaca mahupun penulis. Menurut karya dalam buku tersebut, penulis menggambarkan tentang apa yang dialami oleh mereka dan masyarakat di sekeliling alami. Setiap puisi yang terhasil mempunyai keindahannya dan mesej yang hendak disampaikan kepada pembaca dengan diselitkan unsur sindiran, seperti mana yang kita ketahui masyarakat kita yang seolah-olah memegang teguh kepada peribahasa “sudah terhantuk baru terngadah”. Selagi tidak ada teguran dan sindiran selagi itu kita sebagai manusia alpa dengan dunia sehingga akhirat dan Tuhan dilupakan. Dengan itu, karya sajak pendosa sememangnya boleh menjadi sabun yang boleh mencuci minda para pembaca yang buat-buat lupa akan Tuhan sehingga bertuhankan diri sendiri. Karya ini membawa pembaca untuk menyelami betapa luasnya kesyukuran yang tidak kita sedari.
Sebelum membincangkan dengan lebih dalam lagi maka eloknya kita berkenalan dengan latar belakang kajian, tak kenal maka tak cinta. Dalam latar belakang saya akan mengupas berkaitan tentang pengarangnya, tempatnya dan tarikh buku ini diterbitkan.
Latar belakang kajian
Terdapat 79 buah sajak yang berunsurkan ketuhanan khasnya. Antara penulis sajak dalam buku ini ialah Khairul Adinin, Nurain binti Lambertus Guna Hala, Amir Hamzah Aziz, Abuya Hanipah Razali, Asmiaty Ahmad, Nurul Jannah Mat Sidik, Dr Lokman Abdul Samad, Ramzah Dambul, Muhammad Azhar, Sifu Art dan banyak lagi. Antologi ini merupakan terbitan Sekolah Pengajian Seni Universiti Malaysia Sabah dan diterbitkan pada tahun 2011.
Permasalahan kajian
Terdapat sikit kesukaran untuk mengkritik semua sajak yang terdapat dalam buku sajak pendosa kerana tidak dapat membaca keseluruhan kandungan buku dan yang menjadi halangan besar juga adalah kurangnya atau belum mempunyai pengalaman mengenai tajuk tugasan. Sebahagian sajak dari buku antologi yang dikongsikan oleh pensyarah ialah hakikat makna yang dalam, bila layer dibuka, syahid dalam amarah, apa lagi yang dicari, dzat mutlak, ikrar, Esa, singgahsana, sajak bersama Tuhan. Namun begitu halangan ini tidak menjadi alasan untuk menyiapkan tugasan ini.
Analisis dan perbincangan
Buku ini terhasil kerana wujudnya kesedaran sendiri yang lahir daripada hati para pengarang dan semestinya menyumbang kepada ilmu pengetahuan terutamanya dalam penghasilan karya sastera negara oleh penulis-penulis baharu. Karya-karya yang terdapat dalam buku antologi ini mampu membuka minda para pembaca bahawa akhirat itu ada dan dunia ini hanya sementara buat kita hamba Tuhan yang alpa dengan dunia yang fana. Penggunaan gaya Bahasa yang digunakan dalam penghasilan karya ini sangat bersesuaian. Terdapat juga unsur epigram iaitu dalam setiap puisi yang diciptakan mempunyai nasihat dan pengajaran kepada pembaca. Buku ini boleh dijadikan cermin kehidupan untuk pembaca.  Tema yang digunakan dalam buku ini berunsurkan ketuhanan dan keagamaan yag mempunyai unsur sindiran dan peringatan sebagai contohnya dalam sajak yang bertajuk ikrar karya Ismailatif. Penulis sememangnya ingin menyampaikan yang manusia merupakan milik Tuhan dan harus kembali kepada ajaran Sang Pencipta dan segala sesuatu baik keistimewaan dan kesempurnaan dalam diri kita semuanya berasal dari Tuhan. Hal ini dapat dibuktikan dalam petikan:
                             Nyataku kerana wujudmu
                             Sempurnaku kerna sifatmu
                             Sujudku kerna Af’almu.
Jelas dilihat bahawa setiap karya yang terdapat dalam buku antologi ini mempunyai unsur sindiran dan peringatan kepada manusia. Adakah kita sebagai manusia sentiasa beringat dengan adanya akhirat atau sebaliknya? Timbulnya persoalan-persoalan yang lahir dari lubuk hati apabila kita mengamati setiap bait-bait rangkaian kata yang terdapat dalam karya-karya buku antologi ini.
Dapatan kajian
Maka dengan itu saya sertakan beberapa puisi dan kritikan yang difahamkan oleh hati pembaca.
1.    Hakikat makna yang dalam(Adlin)
Dalam sajak ini apa yang dapat saya sebagai pembaca fahami ialah berkaitan dengan syariat Islam yang mempunyai maksud yang amat dalam sekali dan harus difahami dengan betul agar tidak ada kebingunggan atau salah tafsir. Terkadang dalam diri kita merakan bahawa kita sudah cukup tahu, sudah cukup mengerti tentang ajaran agama namun hakikatnya mungkin kita cuma pura-pura tahu untuk menutup ketidakfahaman. Contoh yang dapat kita lihat dalam rangkap 1 hingga 7 :
              Fahamkan makna hakikat dalam-dalam
              Pandangan syariat bingung sekali
              Melihat ertinya makan dalam
              Hakikat bukan semua fam
              Sedikit yang mengerti fahaman
              Orang awam lemas lalu karam
              Kerana mengukum diri buat-buat faham..

2.    Syahid dalam amarah(adiaulhaq)
Kita sebagai manusia sememangnya leka dengan hidangan kemewahan duniawi sehingga bertuhankan kemewahan duniawi semata-mata. Jelas-jelas yang dilakukan itu bertentangan dengan agama namun menafikan kebenaran sehingga terpesong jauh dari kenyataan sebenar. Sengaja membutakan mata hati dengan wang dan harta dan mencipta dunia sendiri dengan prinsip hidup yang bertentangan dengan agama. Makanya semua yang dia lakukan mahu itu baik atau jahat semuanya indah di matanya , menjadikan dunia sebagai syurga miliknya. Hal ini jelas dilihat dalam petikan :
                    Hawa nafsu sentiasa tercela
                    Nafikan kebenaran
                   Lari dari kenyataan
                   Seret insan
                   Dalam alam khayalan
                   Dunia macam syurga..

3.singgahsana(Hajirikusyuk)
Sajak ini mengungkapkan bahawa keihklasan dalam menuntut ilmu dalam hidup. Manusia tiada ertinya tanpa ilmu. Namun orang yang mempunyai ilmu itu tidak mempraktikkan ilmu yang diperolehinya, sebaik-baiknya ilmu harus diamalkan. Namun ilmu sahaja tidak cukup jika tidak disertakan dengan keikhlasan. Seindah dan semulianya sesuatu ilmu yang diperolehi tidak ada gunanya kecuali ianya didatangkan dengan keikhlasan. Contoh dalam rangkap puisi:
                   Manusia itu sesungguhnya mati
                   Kecuali yang berilmu, yang berilmu pula tertidur
                   Kecuali yang mengamalkan ilmunya
                   Yang mengamalkan pula tertipu
                   Kecuali yang ikhlas maka,ingatlah, jangan tertipu
                   Walupun, penipuan yang tidak disedari


Penutup
Kesimpulannya, buku Antologi Sajak Pendosa ini memaparkan unsur-unsur keagamaan dan ketuhanan. Setiap rangkap puisi yang disampaikan adalah berlainan namun tetap dengan tujuan penyampaian yang sama iaitu menyampaikan mesej yang boleh digunakan oleh pembaca sekaligus menyedarkan pembaca tentang sejauh mana kita sebagai manusia karam dengan duniawi. Setiap puisi dalam buku ini mempunyai kepebagaian gaya dan pemikiran yang mempunyai makna yang tersirat. Lebih menarik lagi buku ini amat berkaitan dengan gambaran kehidupan masyarakat.

Comments

Popular posts from this blog

'seni untuk seni' atau 'seni untuk masyarakat'?