'seni untuk seni' atau 'seni untuk masyarakat'?

Angkatan sasterawan 50 atau ringkasnya ASAS 50 ,yang ditubuhkan pada 6 Ogos tahun 1950 di Singapura. persatuan ini telah diasaskan oleh beberapa orang penulis melayu Singapura dan sebahagian besarnya merupakan penulis-penulis dan pengarang-pengarang Tanah Melayu yang terpaksa berhijrah ke Singapura akibat tekanan penjajah Inggeris terhadap kegiatan politik dan kreativiti mereka. Di antara tokoh-tokoh penting ASAS 50 ini ialah Kamaluddin Muhammas atau Keris Mas, Usman Awang atau Tongkat Waran, Masuri S.N. Mohd. Arif Ahmad atau MAS, Abdul Wahab Muhamad atau Awamil Sarkam, Asraf dan Hamzah. 
secara umumnya penubuhan ASAS 50 ini ialah untuk memperluaskan dan mempertinggikan mutu sastera Melayu, melindungi hak-hak dan kepentingan para penulis dan para pengarang dan mengadakan pembaharuan dalam sastera.

Peperangan pena atau polemik 'seni untuk masyarakat' dan 'seni untuk seni' berlaku pada tahun 1950 dan berlanjutan hingga beberapa tahun kemudian. Aliran 'seni untuk masyarakat' didokong oleh Asraf dan disokong oleh rakan-rakannya seperti Bakhtiar Jamily, Awam-il-Sarkam, Keris Mas dan Tongkat Warrant. sementara aliran 'seni untuk seni' pula didokong oleh Hamzah dan beberapa rakannya. Polemik ini bermula apabila Hamzah dan Asraf mula membahaskan di dalam tulisan-tulisan mereka, bagaimana untuk membawa pembaharuan dan aliran fahaman seni yangbagaimanakah yang harus dibawakan ke dalam persuratan melayu.
Mengulas tentang pemikiran yang telah diketengahkan oleh Hamzah bahawa seni itu haruslah berperanan untuk seni sahaja. pengarang-pengarang harus menulis kemahuan dan pendapat sendiri bukan menjadi alat propaganda. Hamzah khuatir konsep 'seni untuk masyarakat' akan menghapuskan kepercayaan orang melayu berkenaan hal-hal ghaib seperti syurga, neraka dan sebagainya. Namun Asraf pula berpendapat seni harus mempunyai tujuan tertentu, baginya tujuan yang utama ialah untuk membimbing rakyat atau masyarakat.
secara peribadinya, saya sedikit tidak bersetuju dengan polemik Hamzah iaitu 'seni untuk seni' kerana bagi saya tujuan karya seni diciptakan adalah untuk dibaca oleh golongan masyarakat. Karya seni yang diciptakan mampu membawa masyarakat untuk sentiasa berfikir lebih jauh dan ia sememangnya boleh dijadikan cermin kehidupan masyarakat. seni itu sememangnya sangat banyak memberikan fungsi yang amat penting kepada masyarkat. Contohnya sebagai pendidikan dan alat propaganda untuk memberikan kesedaran dan teguran secara halus bukan untuk alat penindasan malah sebaliknya boleh digunakan untuk membantu golongan tertindas.

Comments

Popular posts from this blog

kritikan buku antologi sajak pendosa

puisi bukan menggurui