Posts

Showing posts from September, 2019

kritikan buku antologi sajak pendosa

KRITIKAN BUKU ANTOLOGI SAJAK PENDOSA Salam sejahtera, kopisangan, da chia hao. Kali ini saya bakal menulis tentang sebuah buku yang bertajuk Antologi Sajak Pendosa dengan mengutarakan pendapat dan interprestasi atau lebih jelas lagi kritikan. Buku ini telah diselenggarakan oleh pensyarah saya sendiri yang menugaskan tugasan ini yang dikenali sebagai Dr Lokman Abdul Samad. Tetapi sebelum itu saya bukan hanya memberikan pendapat dan kritikan tetapi yang Namanya tugasan turut disertakan dengan latar belakang kajian, permasalahan kajian, perbincangan analisis, dapatan kajian mengenai isi yang terkandung dalam buku antologi Sajak Pendosa. Karya-karya yang terdapat dalam Buku Antologi Sajak Pendosa kebnayakkan berkaitan dengan keagamaan dan Ketuhanan yang amat dekat dengan diri setiap pembaca mahupun penulis. Menurut karya dalam buku tersebut, penulis menggambarkan tentang apa yang dialami oleh mereka dan masyarakat di sekeliling alami. Setiap puisi yang terhasil mempunyai keindahanny...

takrifan, ciri-ciri dan fungsi sastera

Sastera rakyat merupakan karya sastera melayu sejak zaman dahulu dimana ianya bermula dengan cara lisan yang akan dituturkan oleh masyarakat. Sastera rakyat diwujudkan oleh kalangan rakyat yang disampaikan dari generasi ke generasi, hal ini disebabkan rakyat belum mengenal tulisan. Penyampaian cerita begitu teratur dengan diselitkan bahasa-bahasa indah dan diungkapkan dengan Bahasa yang baik dan secara tersusun. Sastera rakyat juga disinonimkan dengan sastera lisan atau folk literature yang sememangnya masih digunakan oleh sebahagian masyarakat contohnya melalui cerita-cerita rakyat yang pada ketika ini belum pudar diceritakan oleh ibu bapa kita. Folk ditujukan kepada komuniti khasnya masyarakat luar bandar yang masih lagi mengamalkan cara hidup tradisional. Lore pula bermaksud sesuatu bahan yang dikongsikan bersama-sama yang dimiliki oleh masyarakat seperti cerita penglipur lara, mitos dan lagenda. Namun akibat daripada kemajuan teknologi dan bermulanya sistem tulisan mengakibatk...

'seni untuk seni' atau 'seni untuk masyarakat'?

Angkatan sasterawan 50 atau ringkasnya ASAS 50 ,yang ditubuhkan pada 6 Ogos tahun 1950 di Singapura. persatuan ini telah diasaskan oleh beberapa orang penulis melayu Singapura dan sebahagian besarnya merupakan penulis-penulis dan pengarang-pengarang Tanah Melayu yang terpaksa berhijrah ke Singapura akibat tekanan penjajah Inggeris terhadap kegiatan politik dan kreativiti mereka. Di antara tokoh-tokoh penting ASAS 50 ini ialah Kamaluddin Muhammas atau Keris Mas, Usman Awang atau Tongkat Waran, Masuri S.N. Mohd. Arif Ahmad atau MAS, Abdul Wahab Muhamad atau Awamil Sarkam, Asraf dan Hamzah.  secara umumnya penubuhan ASAS 50 ini ialah untuk memperluaskan dan mempertinggikan mutu sastera Melayu, melindungi hak-hak dan kepentingan para penulis dan para pengarang dan mengadakan pembaharuan dalam sastera. Peperangan pena atau polemik 'seni untuk masyarakat' dan 'seni untuk seni' berlaku pada tahun 1950 dan berlanjutan hingga beberapa tahun kemudian. Aliran 'seni untu...