takrifan, ciri-ciri dan fungsi sastera


Sastera rakyat merupakan karya sastera melayu sejak zaman dahulu dimana ianya bermula dengan cara lisan yang akan dituturkan oleh masyarakat. Sastera rakyat diwujudkan oleh kalangan rakyat yang disampaikan dari generasi ke generasi, hal ini disebabkan rakyat belum mengenal tulisan. Penyampaian cerita begitu teratur dengan diselitkan bahasa-bahasa indah dan diungkapkan dengan Bahasa yang baik dan secara tersusun. Sastera rakyat juga disinonimkan dengan sastera lisan atau folk literature yang sememangnya masih digunakan oleh sebahagian masyarakat contohnya melalui cerita-cerita rakyat yang pada ketika ini belum pudar diceritakan oleh ibu bapa kita. Folk ditujukan kepada komuniti khasnya masyarakat luar bandar yang masih lagi mengamalkan cara hidup tradisional. Lore pula bermaksud sesuatu bahan yang dikongsikan bersama-sama yang dimiliki oleh masyarakat seperti cerita penglipur lara, mitos dan lagenda.
Namun akibat daripada kemajuan teknologi dan bermulanya sistem tulisan mengakibatkan kesusteraan semakin tidak mendapat tempat di hati masyarakat. Keistimewaan yang boleh kita dapatkan daripada kesusteraan semakin hilang kerana generasi moden pada masa kini tidak lagi memandang kesusteraan penting untuk dipelihara, maka yang dibanggakan hanyalah kecangihan teknologi yang semakin mendapat tempat di kalangan masyarakat dunia amnya. Adakah kesusteraan tidak lagi boleh dijadikan satu platform penting untuk yang memberi banyak manfaat kepada masyarakat tentang warisan kesusteraan Melayu? Tepuk dada tanya selera.
Seperti mana yang kita ketahui bahawa sastera rakyat tersimpan tema dan nilainya yang tersendiri. Setiap nilai yang ada pada sesebuah cerita mempunyai nilai yang tersirat iaitu adanya diselitkan sindiran, kritikan kehidupan masyarakat dan juga nilai-nilai murni untuk dijadikan pedoman hidup kepada masyarakat. Cerita sastera rakyat sememangnya mempunyai pelbagai nilai-nilai kehidupan untuk tujuan tertentu.
Ciri-ciri utama sastera rakyat ialah tema, plot, watak dan perwatakan. Sastera lisan ini berfungsi sebagai alat hiburan yang digunakan pada zaman dahulu. Sebagai contoh yang tidak asing lagi daripada pengetahuan kita iaitu cerita “Pak Pandir” yang menceritakan sikapnya yang suka membuat sesuatu perkara tanpa berfikir panjang yang akhirnya boleh memudaratkan diri sendiri. Sastera lisan sememangnya digunakan sebagai alat pendidikan. Contoh yang tidak asing lagi iaitu cerita “Sang Kancil” yang mampu digunakan untuk mendidik masyarakat Melayu supaya bijak serta cerdik dalam melakukan tindakan.
Sebagai kesimpulanya, sastera rakyat sememangnya memainkan peranan yang amat penting digunakan sebagai alat komunikasi antara masyarakat melayu. Pengekalan tradisi penceritaan secara lisan seharusnya dipraktikan dalam kalangan generasi muda supaya ianya tidak lapuk ditelan zaman. Warisan masyarakat melayu perlu dikekalkan kerana terdapat banyaka nilai-nilai kehidupan yang boleh mendidik masyarakat khasnya generasi yang semakin moden dengan pembangunan teknologi yang semakin mendapat tempat di hati generasi moden. Kesusteraan ini juga membuka minda dunia bahawa seni mampu memberi sumbangan yang amat besar kepada pembangunan negara, tidak mustahil cerita rakyat kita oleh diangkat menjadi sebuah cerita yang akan digemari seluruh pelusuk dunia.


Comments

Popular posts from this blog

'seni untuk seni' atau 'seni untuk masyarakat'?

kritikan buku antologi sajak pendosa

puisi bukan menggurui