melayu itu bukan Islam
melayu bukan islam?
Persoalannya adakah Melayu itu Islam dan pemilik agama islam atau adakah Islam itu Melayu? Untuk membahas lebih jauh tentang isu ini dimaklumkan bahawa penulis hanya berkongsi pendapat dan sememangnya kurang ilmu untuk mengupas isu ini lebih dalam lagi. Yang ditulis hanya perkongsian dan pendapat pembaca.
Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada masyarakat yang berbilang kaum dan agama. Agama Islam merupakan agama bagi perseketuan tetapi penganut agama lain diberi kebebasan mengamalkan kepercayaan mereka. Sejarah menunjukkan agama Islam telah berkembang dan bertapak lama di Tanah Melayu dan kebangkitan Islam dilihat mula berkembang pada era 70-an sehingga mencetuskan banyak perubahan melalui proses islamisasi yang diketengahkan. Sebelum datangnya agama Islam di Tanah Melayu, kata nama Melayu sudah berkurun lama digunakan dalam persekutuan Tanah Melayu. Asal-usul melayu pada zaman dahulu ialah penduduk yang tinggal di kepulauan Melayu Nusantara. Setelah mencapai kemerdekaan, perlembagaan Malaysia telah diwujudkan dan telah menyatakan Melayu adalah beragama Islam. Perlembagaan persekutuan TM diperkenalkan oleh British yang mahu menyediakan TM membentuk sebuah negara yang berkerajaan sendiri. Sebuah memorandum telah dikemukakan untuk mengetahui pandangan dan persetujuan rakyat di TM pada ketika itu, hak orang melayu dikekalkan dan majoriti penduduk melayu pada ketika itu beragama Islam. Oleh kerana itu Melayu telah dinyatakan bangsa yang beragama Islam dalam perseketuan Malaysia yang dijelaskan dalam Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan. Tetapi dalam perlembagaan agama Islam tidak mempunyai definisi khusus yang boleh menyatakan bahawa Melayu itu Islam.
Comments
Post a Comment