mitos bukan dongengan semata-mata.


Mitos bukan cerita dongeng?


Bertemu kembali dalam blog saya pada kali ini saya akan menyajikan anda suatu topik yang agak menarik untuk dihayati iaitu “mitos bukan cerita dongeng”. Selamat menikmati tulisan penulis yang tidak seberapa tetapi tetap boleh dibaca dan difikirkan lalu jika ingin dibahaskan silakan saja berbuat dengan keinginan pembaca.
          Cerita mitos sebuah cerita yang bersifat kekudusan. Cerita ini sangat berkait rapat dengan kepercayaan masyarakat yang memilikinya. Ianya bukan sekadar cerita dongengan semata-mata tetapi sesuatu yang mempunyai makna dan pengertian tertentu kepada masyarakat pendukungnya.  Kelahiran cerita mitos tercipta ketika masyarakat berada di tahap primitif. Cerita sebegini dipercayai dan diyakini oleh masyarakat penciptanya. Timbulnya daripada sikap dan naluri ingin tahu manusia untuk menjawap segala keraguan tentang apa-apa yang dilihat dan dialami di sekeliling mereka.
          Dalam sejarah perkembangan kesusteraan Melayu tradisional, cerita mitos secara kasarnya tergolong kepada tiga iaitu mitos asal usul, mitos budaya, dan mitos politik. Mitos asal usul, mengisahkan asal usul kejadian alam dan unsur-unsurnya seperti asal usul kejadian manusia. Mitos budaya berkaitan dengan asal bermulanya unsur-unsur budaya seperti asal usul adat melayu dan asal usul perbomohan. Cerita politik pula ialah cerita bermulanya system pentadbiran dan pemerintahan kerajaan-kerajaan Melay seperti asal usul kerajaan Melayu.
          Pada umumnya, cerita mitos mengisahkan asal mulanya terjadi sesuatu yang mempunyai kaitan dengan unsur ketuhanan iaitu pencipta yang menciptakan dunia, makhluk yang maha berkuasa, percintaan dewa dewi, bagaimana terjadinya alam semesta, manusia pertama yang diturunkan ke dunia, asal-usul kejadian makhluk-makhluk yang mendiami dunia termasuklah makhluk ghaib, kejadian binatang dan tumbuhan, topografi dunia seperti tasik, gunung-ganang dan pulau. Tidak terkecuali fenomena alam seperti rebut, kilat, kejadian siang dan malam , kejadian gerhana dan banyak lagi. Termasuk juga hubungan kekerabatan, peperangan seperti kemenangan dan kekalahan dan pengembaraan orang-orang pada zaman yang diceritan mitos itu.
Semua peristiwa yang diceritakan dan diperkatakan dalam cerita mitos dianggap terjadi pada suatu masa lampau dan berlatar belakangkan dunia yang amat berbeza daripada dunia yang berbeza dengan femahaman kita dalam dunia realiti pada masa kini. Bagi masyarakat primitif cerita-cerita mitos ialah kepercayaan, peraturan hidup, undang-undang, etika moral, dan pantang larang (Malinowski, 1926).
          Dalam konteks masyarakat melayu, cerita mitos dikaitkan dengan juga dengan sistem kepercayaan terutama fahaman inimisme pada pada suatu masa dahulu. Namun pada masa kini, cerita ini dianggap sebagai kisah dongeng semata-mata. Keadaan ini terjadi mungkin ada kaitannya dengan faktor keagamaan, yang menentang segala bentuk kepercayaan kerana dianggap bertentangan dengan agama dan bagi agama Islam ianya dianggap syirik. Fahaman agama bertentangan dengan mitos yang tidak sealiran dengan kejadian dunia dalam fahaman agama.  Secara tidak langsung, bolehlah dikatakan bahawa kemasukan pengaruh Islam ke alam Melayu lebih 600 tahun dahulu telah mengikis habis fahaman cerita-cerita mitos. Cerita mitos yang diceritakan selalunya bercampur aduk antara pengaruh animisme, Hindu-Buddha, dan Islam (Mohd.Taib Osman 1974). Maka cerita mitos didogengkan kerana pengaruh agama yang tidak percaya dengan cerita-cerita yang bertentangan dengan ajaran agama.

Comments

Popular posts from this blog

'seni untuk seni' atau 'seni untuk masyarakat'?

kritikan buku antologi sajak pendosa

puisi bukan menggurui