Posts

Chairil Anwar

Image
Nama : Chairil Anwar Lahir : Medan, Sumatera Utara, Indonesia, 26 julai 1922 Wakaf : Jakarta, Indonesia, 28 April 1949 Pekerjaan : Penyair, Pemuisi Karya terkenal : Aku, Kraeang Bekasi                                 “Aku ini binatang jalang                                 Dari kumpulannya                                 Terbuang”           Chairil Anwar merupakan penyair terkemuka di Indonesia. Lahir di Medan,Sumatera Utara pada 26 Julai 1922. Chairil Anwar diperkirakan telah menulis s...

mitos bukan dongengan semata-mata.

Mitos bukan cerita dongeng? Bertemu kembali dalam blog saya pada kali ini saya akan menyajikan anda suatu topik yang agak menarik untuk dihayati iaitu “mitos bukan cerita dongeng”. Selamat menikmati tulisan penulis yang tidak seberapa tetapi tetap boleh dibaca dan difikirkan lalu jika ingin dibahaskan silakan saja berbuat dengan keinginan pembaca.           Cerita mitos sebuah cerita yang bersifat kekudusan. Cerita ini sangat berkait rapat dengan kepercayaan masyarakat yang memilikinya. Ianya bukan sekadar cerita dongengan semata-mata tetapi sesuatu yang mempunyai makna dan pengertian tertentu kepada masyarakat pendukungnya .   Kelahiran cerita mitos tercipta ketika masyarakat berada di tahap primitif. Cerita sebegini dipercayai dan diyakini oleh masyarakat penciptanya. Timbulnya daripada sikap dan naluri ingin tahu manusia untuk menjawap segala keraguan tentang apa-apa yang dilihat dan dialami di sekeliling mereka.  ...

melayu itu bukan Islam

melayu bukan islam? Persoalannya adakah Melayu itu Islam dan pemilik agama islam atau adakah Islam itu Melayu? Untuk membahas lebih jauh tentang isu ini dimaklumkan bahawa penulis hanya berkongsi pendapat dan sememangnya kurang ilmu untuk mengupas isu ini lebih dalam lagi. Yang ditulis hanya perkongsian dan pendapat pembaca. Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada masyarakat yang berbilang kaum dan agama. Agama Islam merupakan agama bagi perseketuan tetapi penganut agama lain diberi kebebasan mengamalkan kepercayaan mereka. Sejarah menunjukkan agama Islam telah berkembang dan bertapak lama di Tanah Melayu dan kebangkitan Islam dilihat mula berkembang pada era 70-an sehingga mencetuskan banyak perubahan melalui proses islamisasi yang diketengahkan. Sebelum datangnya agama Islam di Tanah Melayu, kata nama Melayu sudah berkurun lama digunakan dalam persekutuan Tanah Melayu. Asal-usul melayu pada zaman dahulu ialah penduduk yang tinggal di kepulauan Melayu Nusantara. Sete...

orang miskin dilarang ketawa

Orang miskin dilarang ketawa Sebut sahaja tentang kedudukan atau darjat sejak zaman firaun ianya mempunyai kelas yang berbeza. Bermula dengan raja sampai kepada golongan bawahan iaitu hamba. Hamba tidak layak untuk bertegur dengan raja inikan pula hendak menjadi kawan. Dalam pemodenan dunia pada abad ini ianya tetap menjadikannya tradisi atau kebiasaan. Apa bezanya kita dengan zaman pemerintahan firaun. Yang kaya akan tetap menjadi kaya dipandang tinggi dan layak mendapatkan kebahagian namun untuk orang miskin mereka tidak layak untuk Bahagia. Kerana kebahagiaan hanya untuk orang kaya.

puisi bukan menggurui

Puisi bukan menggurui? Bertemu kembali dalam blog pada kali ini saya mengajak kalian untuk membahaskan sebuah topik iaitu “puisi bukan menggurui”. Topik ini sememangnya mendapat tempat di hati penulis blog untuk membahaskan dan memberi pendapat tetapi bukan untuk menghakimi. Hal yang paling menakjubkan dari karya sastera khususnya puisi ialah pengembaraan hening dalam dunia ilusi dan imaginasi yang diciptakan oleh seorang penulis puisi. Indahnya sebuah puisi dimana suatu perjalanan jantung kelengangan, mencapai bilik dan ruang yang belum bernama karena kata tak pernah cukup untuk menjamanya. Kata tak pernah cukup untuk menggambarkannya. Kata tak pernah cukup untuk menjadi hidangan minda. Puisi bukan untuk difahami, tetapi untuk dinikmati. Setiap bait, susunan ayat, ritma dan intonasi dalam sebuah puisi mempunyai nilai estetika yang berbeza dengan penulisan yang biasa. Di dalam sebuah puisi tersimpan subah pengembaraan yang membuatkan seseoarang dengan semena-mena meniadak...

kritikan buku antologi sajak pendosa

KRITIKAN BUKU ANTOLOGI SAJAK PENDOSA Salam sejahtera, kopisangan, da chia hao. Kali ini saya bakal menulis tentang sebuah buku yang bertajuk Antologi Sajak Pendosa dengan mengutarakan pendapat dan interprestasi atau lebih jelas lagi kritikan. Buku ini telah diselenggarakan oleh pensyarah saya sendiri yang menugaskan tugasan ini yang dikenali sebagai Dr Lokman Abdul Samad. Tetapi sebelum itu saya bukan hanya memberikan pendapat dan kritikan tetapi yang Namanya tugasan turut disertakan dengan latar belakang kajian, permasalahan kajian, perbincangan analisis, dapatan kajian mengenai isi yang terkandung dalam buku antologi Sajak Pendosa. Karya-karya yang terdapat dalam Buku Antologi Sajak Pendosa kebnayakkan berkaitan dengan keagamaan dan Ketuhanan yang amat dekat dengan diri setiap pembaca mahupun penulis. Menurut karya dalam buku tersebut, penulis menggambarkan tentang apa yang dialami oleh mereka dan masyarakat di sekeliling alami. Setiap puisi yang terhasil mempunyai keindahanny...

takrifan, ciri-ciri dan fungsi sastera

Sastera rakyat merupakan karya sastera melayu sejak zaman dahulu dimana ianya bermula dengan cara lisan yang akan dituturkan oleh masyarakat. Sastera rakyat diwujudkan oleh kalangan rakyat yang disampaikan dari generasi ke generasi, hal ini disebabkan rakyat belum mengenal tulisan. Penyampaian cerita begitu teratur dengan diselitkan bahasa-bahasa indah dan diungkapkan dengan Bahasa yang baik dan secara tersusun. Sastera rakyat juga disinonimkan dengan sastera lisan atau folk literature yang sememangnya masih digunakan oleh sebahagian masyarakat contohnya melalui cerita-cerita rakyat yang pada ketika ini belum pudar diceritakan oleh ibu bapa kita. Folk ditujukan kepada komuniti khasnya masyarakat luar bandar yang masih lagi mengamalkan cara hidup tradisional. Lore pula bermaksud sesuatu bahan yang dikongsikan bersama-sama yang dimiliki oleh masyarakat seperti cerita penglipur lara, mitos dan lagenda. Namun akibat daripada kemajuan teknologi dan bermulanya sistem tulisan mengakibatk...